Assalamualaikum Bride to Be semua 👑
Hari ni, Ain nak share tips dalam memilih doorgift 🎁
Sebelum itu, mari kita cuci mata tengok antara doorgift
yang famous amos di abad ini.
1) Ferraro Rocher in box
2) Sejadah Mini
3) Mini jar
4) Senduk kayu
5) Chocolate Moist
6) Mini tasbih
7) Tupperware Apple Lady
Tips 1 : Cost 💰💸
Pilih doorgift ikut kemampuan anda.
Amat penting bagi B2B yang ingin berjimat. Tentukan dahulu budget untuk 1 doorgift itu berapa.
Contoh: 1 doorgift RM 2.00 (tak logik? Tunggu post Saya yang seterusnya. Saya akan sharekan doorgift yang berguna dan comel + jimat 😊 )
Tetamu = 1000 orang
Peruntukan untuk doorgift : 1000 x RM 2 = RM 2000
Tips 2 : A thing to remember 💎
Apa relevannya anda pilih sesuatu item itu sebagai doorgift. Fikirkan, apa tetamu boleh buat dengan doorgift yang anda berikan itu selepas majlis.
Contoh 1 : Muffin .Sedap & mengenyangkan. Tetamu mesti seronok dapat doorgift ini. Tapi, selepas majlis tiada yang boleh disimpan sebagai kenangan.
Contoh 2 : Set sudu & garfu. Cantik & kreatif. Selain tetamu boleh guna selepas majlis anda, ia juga boleh disimpan sebagai kenang kenangan. Tak lapuk dek hujan. Tak lekang dek panas. Cuba anda bayangkan, doorgift ini masih lagi ada di rumah tetamu yang datang pada majlis anda walaupun selepas 10 tahun 😊